Kenyataan mengenai kangkung Kontroversi Najib Razak

Pada 12 Apr 2014, Najib berkata di Kemaman:

Kalau harga sayuran naik, sawi naik, kangkung naik, ada masa dia naik, ada masa dia turun. Hari ini dalam surat khabar, saya baca, ada yang dah turun.
Kangkung dulu naik, sekarang ini dah turun. Bila turun apa pasal tak puji kerajaan? Bila naik salahkan kerajaan. Ini tidak adil sebab ini adalah (ekoran) keadaan, cuaca...[88]

Kenyataan Najib berhubung penurunan harga kangkung disebar meluas dan menjadi bahan sindiran dan gelak ketawa di Internet. Selain komen di laman sosial, terdapat pengguna Internet yang secara nakal menujukan lagu rakyat “Lenggang Kangkung” nyanyian penyanyi terkenal Saloma kepada beliau.[88]

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sendiri dalam Twitter beliau tampil menyindir Najib berhubung kenyataannya itu dengan menulis:

Zaman konfrontasi (dengan Indonesia) kerajaan sindir Soekarno makan jagung; sekarang rakyat Malaysia digalak makan kangkung! LOL (ketawa besar)![88]

Selepas menjadi bahan ejekan di Internet, agensi berita BBC bawah segmen trending beritanya melaporkan bagaimana Najib dikritik kerana mengeluarkan kenyataan itu.[89]

Rujukan

WikiPedia: Kontroversi Najib Razak http://www.abc.net.au/news/2015-07-29/malaysia-pm-... http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/ma... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://abcnews.go.com/International/wireStory/mala... http://www.reuters.com/article/2015/07/24/us-malay... http://www.theguardian.com/world/2015/jul/20/saraw... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.malaysianbar.org.my/press_statements/pr... https://www.asiaone.com/malaysian-pm-najib-razak-n...